Terengganu Darul Iman

Istana Maziah  Pulau Kapas  Tasik Kenyir  Masjid Kristal  Muzium Terengganu  Pasar Besar Payang  Pulau Perhentian  Pulau Redang  Masjid Terapung

Makanan Tradisional - Kuih Akok

Artikel kali ni berkenaan sejenis kuih tradisional yang dipanggil Kuih Akok, mungkin namanya sedikit pelik, cuba dulu baru tahu bagaimana rasanya.Informasi berkenaan kuih akok ini dipetik dari sebuah laman sesawang kerana saya kurang berpengetahuan tentang kuih akok ini.

Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Terengganu. Terdapat 2 jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga.. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Makanan Tradisional - Lemang

AWAS !! Kawasan Jualan Lemang Dihadapan !, Pernah tak anda perasan papan tanda ini dalam perjalanan dari KL/Kuantan ke Kuala Terengganu ? mungkin ada yang tak perasan, kawasan "PANAS" ni terletak di daerah KIJAL,kemaman . Sesiapa yang melalui laluan ini pasti akan melihat sederetan gerai yang menjual lemang, lemang akan dibakar dihadapan kedai bagi menarik perhatian pengguna jalan raya.

Ada yang tak tahu apa itu lemang? Pelik jugak ada yang tak tahu pasal lemang kan?..tak mengapa , saya akan terangkan apa itu lemang.Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia khususnya.

Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya.Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.

Kepada sesiapa yang belum mencuba Lemang Kijal, Jangan lupa untuk singgah di Kijal, Kemaman !!

Makanan Tradisional - Keropok Lekor

Kalau pasal keropok lekor ni, majoritinya dah pernah merasai keenakkan dan keasliannya, mungkin yang tak berkesempatan datang sendiri ke Terengganu cukup sekadar mengirimkan pesanan kepada saudara-mara & rakan-rakan untuk membelinya. Tapi kalau yang dijual di Kuala Lumpur misalnya, saya tak dapatlar nak menjaminkan keasliaan rasa sebenar keropok lekor dari pantai timur ni.Mungkin keropok itu dibuat di sini dan hanya menggunakan populariti nama seperti "Keropok Lekor Terengganu" atau " Keropok Lekor Losong" dan lain-lain nama lagi yang berkait rapat dengan keropok lekor ini.

Baiklah, Keropok Lekor diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. 

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air,mungkin ianya perlu dicampurkan sedikit garam sekiranya terasa tawar. 

Lokasi yang menjadi pilihan untuk membeli keropok lekor adalah di Kampung Losong,Kuala Terengganu .

Makanan Tradisional - Ketupat Sotong

Fuhhh... belum cerita lagi dah rasa cam terliur pulak .. tgok gambar pun kadang-kadang dah mampu membuka selera kita.Artikel kali ini mengetengahkan keenakkan makanan tradisional yang dipanggil ketupat sotong atau lebih dikenali dengan loghat terengganu " tuppak sutong".

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut disumbat kedalam sotong dan akan dimasak bersama santan sebelum dihidang dengan kuah santan.Rasanya sangat lazat, kadang-kadang kalau bernasib baik dapat sotong yang mempunyai telur..fuhh pasti terangkat! . Kebiasaannya sotong yang lembut digunakan untuk dijadikan ketupat sotong.

Makanan Tradisional - Laksa Terengganu

Teringat pula saya pada laksa terengganu ni, untuk makluman pelawat-pelawat blog ni, laksa terengganu ni ada 2 jenis, 1 jenis dipanggil laksa kuah masak & 1 lagi laksa kuah mentah.Kedua-duanya mempunyai rasa yang sangat lazat cuma pemilihan perlu mengikut kesesuaian masing-masing. 

Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.

Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepung (gandum) atau laksa beras. Pada pengalaman saya, biasanya masyarakat di negeri terengganu ni makan laksa menggunakan tangan, mungkin dengan cara ini kita dapat lebih menikmati keaslian & rasa tradisional laksa terengganu ini.




MakananTradisional - Nasi Dagang

Seronoknyer bile bercerita tentang makanan, ternyata di Terengganu terlalu banyak makanan istimewa yang sememangnya sukar untuk dicari ditempat lain, dari pengalaman saya sendiri yang menetap di Kuala Lumpur, mungkin ada beberapa tempat di sekitar KL yang menyediakan makanan tradisional seperti nasi dagang, keropok lekor, dan lain-lain lagi, tapi keaslian rasanya memang tidak setanding makan di tempat asal .

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu . Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). 

Dari pengetahuan saya, Nasi Dagang yang paling mendapat sambutan terletak di Kampung Ladang, & Kampung Batu Enam Kuala Terengganu. Sekiranya anda sampai di 2 lokasi ini, jangan segan untuk bertanya penduduk di sini, mereka akan menunjukkan di mana lokasi untuk mendapatkan Nasi Dagang yang istimewa ini.


Destinasi Pilihan - Pulau Kapas

Pulau Kapas tak perlu diperkenalkan lagi, sebut saja pulau kapas semua orang tahu ianya berlokasi di Negeri Terengganu,ianya terletak kira-kria 6km dari pinggir pantai Marang ialah sebuah pulau yang tersohor dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai.

Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan kota merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan dan berehat. Pulau Kapas adalah lokasi yg mesti dilawati oleh mereka yang gemarkan aktiviti skuba & snokel kerana terdapat pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menari.


Suasana pulau yang santai ini memberi keselesaan kepada pelawat untuk berehat di sini. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti di sini untuk memenuhi masa lapang anda. Pilih sahaja kesukaan anda : menyelam, berenang, snokel, luncur papan air, kayak, menaiki bot atau memancing.

Destinasi Pilihan - Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang cantik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara juga dikenali sebagai syurga memancing bagi si kaki pancing, Menaikkan ikan berpuluh kilogram mungkin perkara biasa bagi mereka yang menjadikan Tasik Kenyir ini sebagai rumah kedua mereka, mungkin ada yang tidak percaya. Tepuk dada tanya selera.

Tasik Kenyir bukan sahaja untuk si kaki pancing, ini kerana Tasik kenyir adalah kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang. ia turut menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.Tasik Kenyir juga pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong.

Ini adalah kawasan percutian popular bagi pengunjung yang ingin dikelilingi kawasan hutan yang indah. Untuk kaki pancing, di Tasik Kenyir terdapat pelbagai spesies ikan sungai seperti Baung, Toman, Kelisa, Lampan dan Kelah. Kawasan tasik ini juga popular untuk aktiviti kayak, naik bot, trek hutan, memandu kenderaan pacuan 4 roda dan bermain golf.

Destinasi Pilihan - Pulau Perhentian

Pulau pilihan untuk artikel kali ini adalah Pulau Perhentian,  Pulau Perhentian sememangya destinasi yang mesti dikunjungi. Pulau ini terbahagi kepada 2 iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk pelancong yang gemar aktiviti lasak. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan tempat penginapan dan makanan yang murah. Pulau Perhentian Besar, lebih membangun dan menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Walau bagaimanapun, kemudahan calet, asrama dan tapak perkhemahan boleh di dapati di kedua-dua buah pulau ini.

Pulau ini menjadi pilihan pengunjung kerana ia dilitupi hutan yang bersih, pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih. Lokasinya ini amat sesuai untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel kerana di dasar lautnya terdapat banyak terumbu karang & pelbagai spesis hidupan laut yang cantik.

Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh disewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan memancing laut-dalam juga mesti berkunjung ke pulau ini.

Destinasi Pilihan - Rantau Abang

Rantau Abang perlu menjadi lokasi wajib bagi yang memasang angan-angan untuk bercuti di Terengganu, ianya terletak lebih kurang 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Disinilah dimana lokasi "Penyu Mendarat" untuk bertelur.

Anda boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa yang berpeluang singgah di Rantau Abang.

Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan kadangkala seberat lebih dari 375kg. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud.

Destinasi Pilihan - Masjid Tengku Tengah Zaharah


Alhamdulillah ada ruang skit untuk berkongsi maklumat kepada semua yang melayari blog ini, Artikel kali ini berkenaan dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Masjid ini terletak di Jalan Sultan Mahmud, perjalan kira-kira 10 minit dari pusat bandar dengan menggunakan kenderaan seperti kereta,motor,bas dan pengangkutan awam yang lain.

Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung, memberikan ia sudut unik & menarik. Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu senibina moden. Rekabentuk masjid ini menggunakan batu marmar & seramik. Diinspirasikan dari Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. 

 Dibelakang masjid ini juga terdapat lagoon buatan manusia yang menjadi destinasi pilihan keluarga untuk bercuti & beriadah di hujung minggu. Persekitaran yang nyaman dan indah ini pasti membuatkan pengunjung dapat menenangkan fikiran seketika daripada kesibukkan hidup di kota.

Jangan lepaskan peluang untuk singgah di Masjid Terapung...assalamualaikum w.b.t

Destinasi Pilihan - Pulau Redang

Bercerita tentang pulau, pasti semua akan gigit jari tatkala melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t . Andai kaki berpijak di pasir pantai yang putih & bersih, terasa damai hati & pastinya ketenangan menerjah diruang pemikiran kita.. Destinasi Pilihan untuk artikel kali ini adalah Pulau Redang. Dengar saja nama pulau ini, sudah pasti ramai yang mengetahui di mana lokasi pulau ini, namun disebalik itu, ramai lagi yang belum menjengah ke pulau ini ... Panjang sungguh mukadimah saya kali ini...

Berbalik kepada cerita pulau ini,Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu. Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik.

Pulau yang indah ini amat sesuai untuk aktiviti snokel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot dan menaiki kanu. Tapi sayangnya aktiviti memancing tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan sejauh 3.2km dari pulau in. Pelancong juga dilarang mengumpul batu karang atau sebarang hidupan laut yang lain.

Destinasi Pilihan - Muzium Negeri Terengganu

Lokasi wajib untuk dilawati di Terengganu semestinya Muzium Negeri Terengganu. Mungkin belum ramai yang mengetahui bahawa muzium Terengganu adalah muzium terbesar di Asia Tenggara dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Ia dibina dengan landskap taman yang indah sesuai dengan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga dewasa ini. Lokasi Muzium Terengganu ialah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini dibina dengan senibina yang menarik dan diinspirasikan dari istana lama di Terengganu.

Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi. 

Nak tahu lebih lanjut? Datanglah sendiri & nikmatilah pengalaman yang menakjubkan ini.....

Destinasi Pilihan - Istana Maziah

Artikel kali ini berkenaan dengan Istana Maziah, artikel ini ditulis sekadar untuk berkongsi maklumat dan sejarah pembinaan dan informasi berkenaan Istana Maziah. Ia Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri.

Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870.

Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata.

Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.
Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu.

Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945- 1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998. 

Makluman :-Segala fakta di dalam artikel ini diambil dari laman web Tourism Malaysia -

Destinasi Pilihan - Taman Tamadun Islam



Saya pasti ramai yang memasang angan-angan untuk melihat sendiri monumen-monumen bersejarah yang terdapat di Taman Tamadun Islam termasuklah Masjid Kristal, takkan nak tgok kat tv je kan? So saya berbesar hati untuk berkongsi sedikit informasi tentang Taman Tamadun Islam (TTI).


Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.Berlokasi di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Pesisir Pantai. 

Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon iaitu Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Disinilah terletaknya monumen-monumen bersejarah seperti Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India),Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China. 



Kaunter Informasi - Daerah Setiu

Setiu merupakan sebuah daerah bongsu daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 1 Januari 1985.

Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar. Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu;-

* Mukim Hulu Nerus - 54,523.30 hektar

* Mukim Calok - 20,589.60 hektar

* Mukim Hulu Setiu - 23,292.90 hektar

* Mukim Guntung - 16,348.50 hektar

* Mukim Tasik - 5,827.10 hektar

* Mukim Pantai - 8,499.40 hektar

* Mukim Merang - 6,825.00 hektar

Terbitnya nama Setiu adalah berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1770an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah mendapat kemenangan. Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara orang-orang Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan seorang Panglima Raja Bugis. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke-X (1875 hingga 1881).

Kaunter Informasi - Daerah Besut

Daerah Besut merupakan salah satu daerah daripada 7 daerah di dalam Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan Darul Naim. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar, terdiri daripada 5 buah pekan. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dibahagikan kepada 5 kawasan mengikut sempadan pilihanraya.

Jumlah penduduknya ialah seramai 118,058 (bancian 1991) yang terdiri daripada berbagai bangsa dengan majoritinya bangsa Melayu, diikuti bangsa Cina dan lain-lain bangsa. Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan nelayan.

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut.

Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu di mana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam. Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.

Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.

Kaunter Informasi - Daerah Dungun

Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi.Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.

Syarikat yang terlibat, Nippon Mining Company (NMC), Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970

Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Dungun (MPD) adalah merupakan salah satu ciri utama untuk menaiktaraf Majlis Daerah Dungun kepada Majlis Perbandaran Dungun. Sewaktu penubuhan MPD pada 1 Januari 1981, keluasan MPD hanya merangkumi pusat petempatan utama seperti Kuala Dungun, Rantau Abang, Seberang Pintasan, Sura dan Paka.

Selaras dengan perkembangan pembangunan terutama sektor perniagaan, perindustrian, pendidikan dan pelancongan, pada 3 Jun 1996 kawasan MPD telah diperluaskan meliputi keseluruhan Daerah Dungun iaitu seluas 2,735.04km persegi. Dengan pertambahan keluasan kawasan ini, kawasan operasi MPD juga telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi

Destinasi Pilihan - Masjid Kristal


Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang Masjid Kristal yang menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan negeri Terengganu & Malaysia Khususnya. Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang

Destinasi Pilihan - Pasar Payang Kuala Terengganu



Kalau Semua Sahabat-sahabat yang membaca artikel ini berpeluang melawat ke Terengganu, jangan melepaskan peluang untuk menikmati keindahan dan keunikan negeri ini. Di Kuala Terengganu, contohnya, terdapat pelbagai keseronokan yang pastinya sukar untuk didapati di tempat lain.

Selain keunikan budaya, kegiatan ekonomi dan sektor pelancongan, Kuala Terengganu juga sebenarnya sangat sinonim dengan Pasar Payang. Senang kata,sesiapa yang datang ke Terengganu ni pasti terpegun apabila dibawa melawat ke Pasar Payang yang memang terkenal di kalangan masyarakat tempatan. Di pasar yang terletak di pinggir Sungai Terengganu itu terdapat pelbagai produk yang adakalanya sukar didapati di tempat lain.

Untuk maklumat pembaca, Pasar Payang merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Kuala Terengganu dan mana-mana pelancong yang singgah di sini wajib ke Pasar Payang. Jika tidak lawatan mereka diibaratkan sebagai tidak lengkap.

Pasar dalam bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional masyarakat Terenggau seperti kain batik, kain sutera dan songket hasil tenunan tangan. Paling menarik harganya jauh lebih murah daripada di tempat lain. Bagi mereka yang bijak dan rajin tawar-menawar, Pasar Payang sudah pasti menjadi lokasi paling digemari.

Bukan setakat kain batik atau pelbagai jenis tudung seperti yang orang luar selalu cakap, di pasar ini juga turut dijual barang mentah seperti ikan serta sayur-sayuran segar. Namun premisnya terletak di tingkat yang berbeza untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan .

Kalau cuti sekolah ramai pelanggan yang datang. Ada juga pelancong tempatan dan pelancong asing yang membeli kain batik dan songket sebagai tanda kenang-kenangan. Tetapi Pasar Payang juga terkenal dengan keropok lekor serta buah-buahan segar. 

PESANAN : Kalau tak singgah rugi ................

Kaunter Informasi - Resort & Chalet


Ri-Yaz Heritage Marina Resort
Pulau Duyong,
23100 Kuala Terengganu
Telephone No:09- 6277888
Fax No:09- 6229903
No of Rooms: 97
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
GEM BEACH RESORT
D/A Lot 2135,
Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu
Telephone No: 09-6695910
Fax No:09-6695920
No of Rooms: 78
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Sri Indah REsort
898, Jalan Haji Busu,
Pantai Batu Burok,
20400 K.Terengganu
Telephone No: 09-6221564
Fax No: 09-6221564 / 09-6248548
No of Rooms: 31
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
QURATA RIVERSIDE RESORT
Lot 175K, Kuala Ibai,
20400 K. Terengganu.
Telephone No: 09-6175500
Fax No: 09-6175511
No of Rooms: 20
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
KT Beach Resort
548-E, Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 K.Terengganu
Telephone No: 09-6315555
Fax No: 09-6316666
No of Rooms: 62 3 Orchid
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Bidong view resort
D/A Lot 1906,
Kg. Mengabang Lekar,
21020 Batu Rakit.
Telephone No: 09-6696711 / 019-9851471
Fax No: 09-6694948
No of Rooms: 18
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Green acres golf & country resort
Lot PT 969, Kg. Tok Adis,
Mukim Kuala Ibai,
20400 K. Terengganu.
Telephone No: 09-616 3500 / 09-616 3600
Fax No: 09-616 3700
No of Rooms: 6
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Terengganu equestrian country resort
PT 1969, Mukim kuala Ibai,
Jalan Sultan Mahmud,
20400 K. Terengganu
Telephone No: 09- 617 7755
Fax No: 09- 617 0055
No of Rooms: 24
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
KT Golf resort
Tok Jembal, Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu
Telephone No:09-666 0613 / 09-666 6836
Fax No: 09-666 6493
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penginapan dara inn
Lot 28267, Telaga Batin,
Mukim Kuala Nerus,
21300 Kuala Terengganu
Telephone No: 09-666 8482 / 013-935 9543
No of Rooms: 24
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Penginapan ten inn
61E, Jalan Kemajuan,
23000 Kuala Terengganu
Telephone No: 012-989 3428 / 09-622 5258
No of Rooms: 10
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Setiu

Sutra beach resort & spa
Kampung Rhu Tapai Merang,
21010 Setiu
Telephone No: 09-6531111
Fax No: 09-653 1226
Website: www.sutrabeachresort.com.my
No of Rooms: 120
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Penarik inn
Lot 31, Kg. Baru Penarik,
22120 Setiu.
Telephone No: 09-6977816 / 013-3260564
Fax No: 09-6243318
No of Rooms: 15 2 Orchid
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Kembara resort
Lot 474, Pantai Peranginan Merang,
21010 Setiu.
Telephone No: 09-6531770
Fax No: 09-6531900
No of Rooms: 18 2 Orchid
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
The aryani resort
Kg. Rhu Tapai-Merang,
21010 Setiu.
Telephone No: 09-6532111
Fax No: 09-6694948
No of Rooms: 17
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Peladang setiu agro resort
Lot 3912,
Gunton, 22040 Setiu,
Telephone No: 09-6902240 /41/45
Fax No: 09-690 3482
No of Rooms: 57
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Pandan Laut Beach Resort
Lot 390, Pantai Perangginan Rhu Sepuluh
Penarik, 21010 Setiu, Terengganu.
Tel:0136812495
Website: www.pandanlaut.com
No of rooms : 11 unit
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Nelayan resort
Persatuan Nelayan Kawasan Setiu,
Lot 6494, Kg. Rhu 10,
22120 Setiu
Telephone No: 09-6977921 / 019-9137380
Fax No: 09-6977921
No of Rooms: 12
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
MERANG SURia resort
Lot 1841. Kg Rhu Tapai,
21010, Setiu
Telephone No:09-6531600
Fax No: 09-6531601
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teamate Training Resort
Lot 252, Pantai Peranginan Merang,
21010, Setiu
Telephone No:019-9368463
No Of Room : 21
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
D' LAta belatan chalet & champ
Lata Belatan, Jabi,
22020 Jertih
Telephone No:017-9685025 / 017-9508140 / 09-7864298
Fax No : 09-786 4298
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Taman chalet azimos
Pantai Peranginan Air Tawar,
D/A 489, Jalan Rumah Tumpangan,
22200 Besut.
Telephone No: 09-6956530 / 09-6957405
Fax No:09-6956530
No of Rooms: 20
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
D'Rizan resort
Lot 1611 Jalan Pantai Seberang Kastam,
22300 Besut.
Telephone No: 09-6957854 / 013-9029582
Fax No: 09-6950239
No of Rooms: 18
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Damai beach resort
523 Lorong Permai,
Alor Lintang,
22200 Jertih.
Telephone No: 09-6957488
Fax No: 09-6971563 / 09-6971589
No of Rooms: 32
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
demong beach resort
Lot 25 Tanjong Demong,
Jalan Bukit Keluang,
Kg. Raja Besut.
Telephone No: 09-6955500
Fax No: 09-6955501
No of Rooms: 40
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bukit keluang beach resort
Pantai Peranginan Bukit Keluang,
22200 Besut.
Telephone No: 09-6954100
Fax No:09-6954200
No of Rooms: 64
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pusat rekreasi la hot spring resort
Pusat Rekreasi Lo Hot Spring,
2, Kg La, 22010 Hulu Besut.
Telephone No: 09-606 0525 / 013-9276998
No of Rooms: 10
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
jerteh riverside chalet & riverside
Belakang Gudang, 22200,
Jerteh, Besut.
Telephone No: 09-6904054
No of Rooms: 6
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
de bonsai chalet
Kg Pengkalan Gaduh,
Bukit Keluang, 22200 Besut.
Telephone No:013-9752234
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bidara park Resort
Pt 1985, Jalan Pantai Seberang Kastam
22200 Besut
Telephone No:012-9538021
No Of Room : 12
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Chalet Majlis daerah
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Tel No: 09-6811466 / 09-6811466  / 09-6811149  09-6811149  / 09-6816043  09-6816043
Fax No : 09-6232692
No of Rooms: 34
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Tel No: 09-8730541/ 09-8730541
Fax No :09-8730542
No Of Room: 33
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemaman

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort
KM28,
Jln Dungun-Kemaman,
24000 Kemaman.
Telephone No: 09-8641188 / 09-8641188
Fax: 09-8641688
Website : www.awana.com.my
Emel : awanakij@tm.net.my
No of Rooms: 343
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Cheneh Recreation & Resort
Bandar Cheneh Baru,
24000 Kemaman.
Telephone No: 09-8730540 / 09-8730540
Fax: 09-8730542
No of Rooms : 25
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

Marang

Angullia Beach House
KM20,
Kg Rhu Muda,
Seberang Marang, 2
1600, Marang, Terengganu
Telephone No: 09-6181322 / 09-6181322
Fax No: 09-6181322
No of Rooms: 58 2 orkid
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Island View Resort
Lot 1506 Kg. Paya Marang,
Terengganu
Telephone No: 09-6182006 / 09-6182006
Fax No: 09-6182006
No of Rooms: 23
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Semarak Aruni Inn
KM 22,
Pantai Kelulut,
Jalan K.Terengganu.
Telephone No: 09-6182288 / 09-6182288  / 019-9562626 019-9562626
Fax No: 09-6220071
No of Rooms: 28
green mango inn
A-71, Bandar 21600 Marang.
Telephone No: 09-6182040 / 09-6182040
No of Rooms: 12
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Ce’Wer Chalet
125, Kg. Rusila, Marang.
Telephone No: 09-6183612 / 09-6183612  / 019-9847373 / 019-9847373
No of Rooms: 8
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Ahas chalet
KM13, Rusila, 21080 Marang
Telephone No: 09-6182229 / 09-6182229
Fax No: 09-6182229
No of Rooms: 10
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Kolek Resort
Lot 401 B, Batu 8, Rusila, 21080 Marang.
Telephone No: 09-6172615 / 09-6172615
Fax No: 09-6240967
No of Rooms: 10
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Marang River View Resort
Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu
Telephone No: 09-6189191 begin_of_the_skype_highlighting 09-6189191 end_of_the_skype_highlighting
Fax No: 09-6189192
No of Rooms: 23
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Impiana Rhu Muda Chalet
Mdm 110 A, Jln Dungun,
Kg Rhu Muda, 21600 Marang Trg.
Telephone No: 09-6181358 / 09-6181358  / 013-9938595
No of Rooms: 10
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Saudagar Beach Chalet
Lot 1544, Kg Rhusila,
21080 Marang, Terengganu.
Telephone No: 013 -9100965 / 013 -9100965  / 013-9633395013-9633395
No of Rooms: 26
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Marang Village Resort & Spa
Kg. Kelulut, Seberang Marang,
21600, Marang, Terengganu.
Telephone No: 019-9219151 / 012-9892330012-9892330  / 09-6183894  09-6183894
Fax No: 09-6183892
No of Rooms: 23

Related Posts with Thumbnails