Terengganu Darul Iman

Istana Maziah  Pulau Kapas  Tasik Kenyir  Masjid Kristal  Muzium Terengganu  Pasar Besar Payang  Pulau Perhentian  Pulau Redang  Masjid Terapung

Destinasi Pilihan - Pulau Perhentian

Pulau pilihan untuk artikel kali ini adalah Pulau Perhentian,  Pulau Perhentian sememangya destinasi yang mesti dikunjungi. Pulau ini terbahagi kepada 2 iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk pelancong yang gemar aktiviti lasak. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan tempat penginapan dan makanan yang murah. Pulau Perhentian Besar, lebih membangun dan menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Walau bagaimanapun, kemudahan calet, asrama dan tapak perkhemahan boleh di dapati di kedua-dua buah pulau ini.

Pulau ini menjadi pilihan pengunjung kerana ia dilitupi hutan yang bersih, pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih. Lokasinya ini amat sesuai untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel kerana di dasar lautnya terdapat banyak terumbu karang & pelbagai spesis hidupan laut yang cantik.

Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh disewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan memancing laut-dalam juga mesti berkunjung ke pulau ini.

2 comments:

mohamad farhan said...
This comment has been removed by the author.
mohamad farhan said...

ingin melancong ke pulau pulau di terengganu??? sila lawati http://www.facebook.com/pages/Pulau-Redang-Budget-Package/116439625040725?v=photos#!/pages/Terengganu-malaysia-tourist-guide-destinations/117340954971583?ref=ts

untuk maklumat pekej dan sebagainya..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails