Terengganu Darul Iman

Istana Maziah  Pulau Kapas  Tasik Kenyir  Masjid Kristal  Muzium Terengganu  Pasar Besar Payang  Pulau Perhentian  Pulau Redang  Masjid Terapung

Destinasi Pilihan - Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang cantik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara juga dikenali sebagai syurga memancing bagi si kaki pancing, Menaikkan ikan berpuluh kilogram mungkin perkara biasa bagi mereka yang menjadikan Tasik Kenyir ini sebagai rumah kedua mereka, mungkin ada yang tidak percaya. Tepuk dada tanya selera.

Tasik Kenyir bukan sahaja untuk si kaki pancing, ini kerana Tasik kenyir adalah kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang. ia turut menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.Tasik Kenyir juga pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong.

Ini adalah kawasan percutian popular bagi pengunjung yang ingin dikelilingi kawasan hutan yang indah. Untuk kaki pancing, di Tasik Kenyir terdapat pelbagai spesies ikan sungai seperti Baung, Toman, Kelisa, Lampan dan Kelah. Kawasan tasik ini juga popular untuk aktiviti kayak, naik bot, trek hutan, memandu kenderaan pacuan 4 roda dan bermain golf.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails