Terengganu Darul Iman

Istana Maziah  Pulau Kapas  Tasik Kenyir  Masjid Kristal  Muzium Terengganu  Pasar Besar Payang  Pulau Perhentian  Pulau Redang  Masjid Terapung

Destinasi Pilihan - Pasar Payang Kuala Terengganu



Kalau Semua Sahabat-sahabat yang membaca artikel ini berpeluang melawat ke Terengganu, jangan melepaskan peluang untuk menikmati keindahan dan keunikan negeri ini. Di Kuala Terengganu, contohnya, terdapat pelbagai keseronokan yang pastinya sukar untuk didapati di tempat lain.

Selain keunikan budaya, kegiatan ekonomi dan sektor pelancongan, Kuala Terengganu juga sebenarnya sangat sinonim dengan Pasar Payang. Senang kata,sesiapa yang datang ke Terengganu ni pasti terpegun apabila dibawa melawat ke Pasar Payang yang memang terkenal di kalangan masyarakat tempatan. Di pasar yang terletak di pinggir Sungai Terengganu itu terdapat pelbagai produk yang adakalanya sukar didapati di tempat lain.

Untuk maklumat pembaca, Pasar Payang merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Kuala Terengganu dan mana-mana pelancong yang singgah di sini wajib ke Pasar Payang. Jika tidak lawatan mereka diibaratkan sebagai tidak lengkap.

Pasar dalam bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional masyarakat Terenggau seperti kain batik, kain sutera dan songket hasil tenunan tangan. Paling menarik harganya jauh lebih murah daripada di tempat lain. Bagi mereka yang bijak dan rajin tawar-menawar, Pasar Payang sudah pasti menjadi lokasi paling digemari.

Bukan setakat kain batik atau pelbagai jenis tudung seperti yang orang luar selalu cakap, di pasar ini juga turut dijual barang mentah seperti ikan serta sayur-sayuran segar. Namun premisnya terletak di tingkat yang berbeza untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan .

Kalau cuti sekolah ramai pelanggan yang datang. Ada juga pelancong tempatan dan pelancong asing yang membeli kain batik dan songket sebagai tanda kenang-kenangan. Tetapi Pasar Payang juga terkenal dengan keropok lekor serta buah-buahan segar. 

PESANAN : Kalau tak singgah rugi ................

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails