Terengganu Darul Iman

Istana Maziah  Pulau Kapas  Tasik Kenyir  Masjid Kristal  Muzium Terengganu  Pasar Besar Payang  Pulau Perhentian  Pulau Redang  Masjid Terapung

MakananTradisional - Nasi Dagang

Seronoknyer bile bercerita tentang makanan, ternyata di Terengganu terlalu banyak makanan istimewa yang sememangnya sukar untuk dicari ditempat lain, dari pengalaman saya sendiri yang menetap di Kuala Lumpur, mungkin ada beberapa tempat di sekitar KL yang menyediakan makanan tradisional seperti nasi dagang, keropok lekor, dan lain-lain lagi, tapi keaslian rasanya memang tidak setanding makan di tempat asal .

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu . Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). 

Dari pengetahuan saya, Nasi Dagang yang paling mendapat sambutan terletak di Kampung Ladang, & Kampung Batu Enam Kuala Terengganu. Sekiranya anda sampai di 2 lokasi ini, jangan segan untuk bertanya penduduk di sini, mereka akan menunjukkan di mana lokasi untuk mendapatkan Nasi Dagang yang istimewa ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails