Terengganu Darul Iman

Istana Maziah  Pulau Kapas  Tasik Kenyir  Masjid Kristal  Muzium Terengganu  Pasar Besar Payang  Pulau Perhentian  Pulau Redang  Masjid Terapung
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Makanan Pilihan - Sate Jabi

Jika di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan peminat sate boleh ke Kajang untuk menikmati sajian itu, di Terengganu lokasi tumpuan untuk orang ramai menikmati sate ialah di Jabi.Bagi mereka yang tinggal di sekitar daerah Besut, Jabi bukanlah lokasi baru bagi mereka untuk menikmati sate.

Keenakan sate Jabi menjadi tumpuan penduduk dari negeri ini setiap kali mahu menikmati sajian tersebut.Lokasinya di Kampung Baket, Jabi di mana terdapat tiga buah gerai yang menjual makanan itu.Pengunjung boleh memilih untuk ke gerai yang disukai memandangkan rasa dan keenakan setiap gerai berbeza.

Terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu, pengunjung hanya perlu mengambil masa selama satu jam untuk ke kawasan tersebut.Tidak perlu risau tersesat atau tidak menemui gerai sate berkenaan kerana apabila sampai sahaja di perkampungan tersebut, sebut sahaja sate Jabi pasti ramai yang ringan mulut untuk menunjukkan arah.
Jika tidak, lihat sahaja deretan kenderaan yang diletak di bahu jalan sejauh lebih kurang 500 meter pasti di situlah lokasinya.Antara sate yang terkenal ialah Sate Lanang dan Sate Mastura. Kebiasaannya, gerai menjual sate ini dibuka selepas tengahari. Antara sate yang dijual ialah sate ayam, sate daging, satay pedal dan hati. Uniknya, satay ini disediakan dengan sambal untuk dicampurkan ke dalam kuah

Makanan Pilihan - Telur Penyu

Disebabkan terlalu banyak makanan yang terdapat di terengganu ni, saya hampir terlupa untuk masukkan artikel tentang makanan yang menjadi pilihan di negeri terengganu ni, tak lain tak bukan ia adalah telur penyu.Telur penyu ni bukanlah makanan yang popular disini, tapi kebanyakkan pelancong yang datang mesti mencari telur penyu untuk dibawa pulang.Disebabkan usaha untuk mencari telur penyu ini sukar, faktor harga pula menjadi masalah kepada pembeli-pembeli.


Telur penyu ni mempunyai rasa yang lain dari telur-telur yang selalu kita makan seperti telur ayam, telur itik dan telur angsa. Kulit telur penyu lembut sahaja tapi susah untuk dipecah. Telur penyu dijual dalam 2 jenis iaitu yang rebus dan yang mentah. Kebiasaanya, telur mentah yang dijual bewarna kekuningan kerana disaluti pasir manakala yang sudah direbus berwarna putih. Telur yang sudah direbus berasa sedikit masin dan telur kuningnya keras seperti telur masin tetapi telur putihnya seperti telur separuh masak. Itulah keistimewaan telur penyu. Jadi, kalau datang ke Terengganu, jangan lupa untuk mencuba.Lokasi kebiasaan untuk mencari Telur Penyu ialah di Pasar Besar Payang.

Makanan Tradisional - Otak-Otak


Otak-otak adalah salah satu makanan tradisional dimana ianya dibuat menggunakan isi ikan berempah.. Otak-otak yang terdapat di Negeri Terengganu berbeza dengan otak-otak yang terdapat di negeri lain kerana disini, ia menggunak 100% isi ikan tanpa campuran bahan-bahan lain.

Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar. Sekiranya di dibungkus dalam daun pisang, ia dikenali sebagai pais. Ia kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan.  

Rugi kalau tak cuba .....

Makanan Tradisional - Kuih Mas Sejemput

Kuih mas sejemput merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu terutamanya di negeri Terengganu. Kuih ini mempunyai rasa lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih jala mas, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza. 


Kuih mas sejemput disediakan dengan kuning telur yang dipukul sehingga naik sedikit dan diceduk ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Kuih mas sejemput mempunyai bentuk yang khusus dan berlainan, seperti tiga segi beropol. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dan sebagainya.

Selamat Mencuba !!

Menu Pilihan - Air Buah Gelas Besar

Menu pilihan kali ni agak menarik, ianya akan menjadi menu wajib setiap kali saya pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu. Air Buah Gelas Besar di seberang takir memang sudah terkenal dari dulu lagi. Bukan sahaja menjadi pilihan pelancong, malah ianya sudah menjadi bualan ahli-ahli politik, menteri-menteri luar dan golongan artis yang pernah mencuba air buah gelas besar ini. 

Air buah disini boleh dikatakan unik kerana saiz gelasnya yang tersangat besar & pelik. Contonhnya disini terdapat gelas yang berbentuk seperti kasut. Selain daripada itu terdapat beberapa pilihan saiz gelas yang boleh dipilih oleh pengunjung.Disini juga terdapat pelbagai jenis buah-buahan disediakan untuk memenuhi permintaan pengunjung dan mereka boleh memilih untuk mencampurkan pelbagai jenis buah-buahan kedalam 1 gelas minuman untuk mendapatkan rasa yang lain dari yang lain.

Selain dari air buah, mereka turut menyediakan pelbagai jenis makan termasuklah keropok lekor, makanan panas, nasi lemak, nasi minyak, laksam, , nasi dagang dan lain-lain lagi.Lokasinya berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Sekiranya anda melalui jalan seberang takir ini, pasti anda akan melihat deretan kedai air buah gelas besar di kini & kanan jalan. Selamat Menjamu Selera !!

Makanan Pilihan - Sotong Celup Tepung

Setelah sekian lama tak post artikel kat blog ni, hari ni baru ada kelapangan skit nak bercerita... sotong celup tepung mungkin menjadi hidangan wajib bagi mereka yang berkunjung di Kuala Terengganu. Selain dari sotong, ada lagi hidangan lain seperti ikan,udang,ketam dan lain-lain makanan laut yang disalut tepung , tapi kali ini saya ingin berkongsi berkenaan sotong sahaja.

Lokasi terbaik untuk menikmati sotong celup tepung sudah tentu di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir . Kalau ada pengunjung yang tidak tahu arah untuk ke Pantai Teluk Ketapang, ianya terletak di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu. Keenakkan sotong celup tepung disini tidak dapat dinafikan kerana mereka menggunakan sotong yang segar selain sos yang sangat sedap. Harga yang mereka tawarkan pula amat berpatutan. Kebiasaannya harga untuk sepinggan sotong celup tepung ialah RM 5.

Makanan pilihan kali ini sesuai untuk dinikmati diwaktu petang bersama keluarga & rakan-rakan sambil menghirup udara segar & nyaman di tepi laut. Majoriti pengunjung yang pernah menikmati keenakkan sotong celup tepung disini tidak akan melepaskan peluang untuk datang kesini lagi. So kepada sesiapa yang datang ke Terengganu, jgn lupa untuk singgah di Pantai Teluk Ketapang untuk menikmati makanan pilihan kali ini..

Makanan Tradisional - Kuih Akok

Artikel kali ni berkenaan sejenis kuih tradisional yang dipanggil Kuih Akok, mungkin namanya sedikit pelik, cuba dulu baru tahu bagaimana rasanya.Informasi berkenaan kuih akok ini dipetik dari sebuah laman sesawang kerana saya kurang berpengetahuan tentang kuih akok ini.

Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Terengganu. Terdapat 2 jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga.. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Makanan Tradisional - Keropok Lekor

Kalau pasal keropok lekor ni, majoritinya dah pernah merasai keenakkan dan keasliannya, mungkin yang tak berkesempatan datang sendiri ke Terengganu cukup sekadar mengirimkan pesanan kepada saudara-mara & rakan-rakan untuk membelinya. Tapi kalau yang dijual di Kuala Lumpur misalnya, saya tak dapatlar nak menjaminkan keasliaan rasa sebenar keropok lekor dari pantai timur ni.Mungkin keropok itu dibuat di sini dan hanya menggunakan populariti nama seperti "Keropok Lekor Terengganu" atau " Keropok Lekor Losong" dan lain-lain nama lagi yang berkait rapat dengan keropok lekor ini.

Baiklah, Keropok Lekor diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. 

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air,mungkin ianya perlu dicampurkan sedikit garam sekiranya terasa tawar. 

Lokasi yang menjadi pilihan untuk membeli keropok lekor adalah di Kampung Losong,Kuala Terengganu .

Makanan Tradisional - Ketupat Sotong

Fuhhh... belum cerita lagi dah rasa cam terliur pulak .. tgok gambar pun kadang-kadang dah mampu membuka selera kita.Artikel kali ini mengetengahkan keenakkan makanan tradisional yang dipanggil ketupat sotong atau lebih dikenali dengan loghat terengganu " tuppak sutong".

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut disumbat kedalam sotong dan akan dimasak bersama santan sebelum dihidang dengan kuah santan.Rasanya sangat lazat, kadang-kadang kalau bernasib baik dapat sotong yang mempunyai telur..fuhh pasti terangkat! . Kebiasaannya sotong yang lembut digunakan untuk dijadikan ketupat sotong.

Makanan Tradisional - Laksa Terengganu

Teringat pula saya pada laksa terengganu ni, untuk makluman pelawat-pelawat blog ni, laksa terengganu ni ada 2 jenis, 1 jenis dipanggil laksa kuah masak & 1 lagi laksa kuah mentah.Kedua-duanya mempunyai rasa yang sangat lazat cuma pemilihan perlu mengikut kesesuaian masing-masing. 

Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor, tetapi lebih kuning. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.

Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepung (gandum) atau laksa beras. Pada pengalaman saya, biasanya masyarakat di negeri terengganu ni makan laksa menggunakan tangan, mungkin dengan cara ini kita dapat lebih menikmati keaslian & rasa tradisional laksa terengganu ini.




MakananTradisional - Nasi Dagang

Seronoknyer bile bercerita tentang makanan, ternyata di Terengganu terlalu banyak makanan istimewa yang sememangnya sukar untuk dicari ditempat lain, dari pengalaman saya sendiri yang menetap di Kuala Lumpur, mungkin ada beberapa tempat di sekitar KL yang menyediakan makanan tradisional seperti nasi dagang, keropok lekor, dan lain-lain lagi, tapi keaslian rasanya memang tidak setanding makan di tempat asal .

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu . Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). 

Dari pengetahuan saya, Nasi Dagang yang paling mendapat sambutan terletak di Kampung Ladang, & Kampung Batu Enam Kuala Terengganu. Sekiranya anda sampai di 2 lokasi ini, jangan segan untuk bertanya penduduk di sini, mereka akan menunjukkan di mana lokasi untuk mendapatkan Nasi Dagang yang istimewa ini.


Related Posts with Thumbnails