Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu tidakdapat dinafikan merupakan pantai paling terkenal di Terengganu, pantai berpasir putih dengan pokok-pokok yang bergoyang ditiup angin pantai yang dingin sentiasa menjadi pilihan pengunjung setiap hujung minggu, Di pantai ini terdapat amaran larangan untuk mandi-manda kerana ia mendatangkan bahaya kepada pengunjung. Kebiasaannya pengunjung yng datang kesini akan bemain layang-layang dan berkelah bersama keluarga rakan-rakan.
Dahulunya di pantai batu buruk terdapat gerai-gerai yang dipanggil "bundle batu buruk" yang menjual pelbagai pakaian terpakai dan baru. Mereka menjalankan aktiviti perniagaan pada setiap hari jumaat iaitu hari cuti umum bagi negeri Terengganu, namun kini ianya telah dipindahkan ke pantai teluk ketapang.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini seperti bermain bola pantai,perminan tarik tali,main layang-layang, dan untuk kanak-kanak, disini juga terdapat taman permainan untuk mereka selain pantai ini berdekatan dengan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dan A&W. Jangan lepaskan peluang untuk singgah di Pantai Batu Buruk.
No comments:
Post a Comment