Pulau Kapas tak perlu diperkenalkan lagi, sebut saja pulau kapas semua orang tahu ianya berlokasi di Negeri Terengganu,ianya terletak kira-kria 6km dari pinggir pantai Marang ialah sebuah pulau yang tersohor dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai.
Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan kota merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan dan berehat. Pulau Kapas adalah lokasi yg mesti dilawati oleh mereka yang gemarkan aktiviti skuba & snokel kerana terdapat pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menari.
Suasana pulau yang santai ini memberi keselesaan kepada pelawat untuk berehat di sini. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti di sini untuk memenuhi masa lapang anda. Pilih sahaja kesukaan anda : menyelam, berenang, snokel, luncur papan air, kayak, menaiki bot atau memancing.
No comments:
Post a Comment