Pantai Merang menjadi pilihan sebagai destinasi yang perlu dikunjungi untuk artikel kali ini, Lokasinya terletak di daerah Setiu, Terengganu. Mungkin ramai pengunjung yang keliru dengan nama "Merang" dan "Marang". Kedua-dua nama ini adalah daerah atau kawasan yang berbeza di mana Merang terletak di Daerah Besut dan Daerah Marang Terletak Diantara Daerah Kuala Terengganu Dan Daerah Dungun.
Merang menjadi destinasi para pelancong yang ingin menaiki bot untuk ke pulau-pulau seperti Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah kerana jeti untuk ke pulau-pulau ini terletak di Merang.Pantai Merang mempunyai keunikkannya yang tersendiri kerana pantainya sangat panjang sehingga 30 kilometer dan disusuli pantai yang indah serta bersih. Disini juga terdapat tempat penginapan yang ekslusif seperti The Aryani, Sutera Beach Resort dan Merang Suria Resort.
Pantai Merang merupakan pertemuan di antara Sungai Merang dan Laut China Selatan, oleh kerana itu,pembinaan pemecah gelombang besar telah dilakukan sepanjang pantai untuk mengelakkan sebarang kejadian ombak kuat berlaku. Pembinaan ini telah menghasilkan sebuah lagoon buatan manusia dan menambahkan lagi keindahan yang terdapat di Pantai Merang ini